BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Blogger news

Thursday 15 November 2012

rumpai laut.... pure marine colagen

minggu lepas chat dengan kawan kat fb... tgk gmbr dia skrng cntk n kurus je.. tanyalah apalah rahsianya? dia pn cerita dia guna seaweed.... masa aku belajar dulu pernah makan kerabu seaweed ni, ada aunty siam kasi, masa tu aku mmg suka giler kerabu tu... aku pun nak try.. dia pun ckp nanti dia pos.. excited.... so bila dh sampai  seaweed tu warna purple, ingatkan warna hijau, sebab masa dulu mkn warna hijau. aku pun rendam semalaman, then bsh lg cuci2. pas tu aku pun rebus.... skali bau dia hanyir.. rupanya kwn aku ckp rebus dgn daun pandan.. haiyaa dh xbuat.... lepas siap aku pun minum dgn jus n malam jadikan masker... tggu rsult dalam 2 mggu.. xsabar.

Tuesday 13 November 2012

salam maal hijrah 1434

salam maal hijrah untuk semua. sudah berganjak setahun kita melangkah. buat diri ini yang sentiasa dengan dugaan semoga terus tabah. banyak juga peristiwa penting dalam sejarah islam dalam bulam muharam ni. dan yang paling penting hijrahnya nabi dari kota Makkah ke kota Madinah. sekarang tiba masanya diriku sendiri berhijrah kepada yang lebih baik... semoga sikap yang buruk dalam diri ini dapat dihapuskan, point yang paling penting nak jadi orang yang sabar tp susah sangat, kadang2 terlepas jgk marah2, bila lepas marah baru ingat istifar....marah tu lah amalan syaitan, macam mana ye nk kurangkan sikap ni.... tapi untuk semua jangan lupa baca doa akhir tahun lepas waktu asar dan baca doa awal tahun lepas maghrib ye... semoga kita sentiasa diredhai oleh Allah.

perlu ke Gonal F dan ovildrell agi

harini aku call iiumfc, nk bgtahu aku dah failed iui... seteresssss (stress).... persoalannya perlu ke 2nd iui? soalan yang aku ditanya tadi, aku jawab biar dulu. aku betul nak stop iui kejap, sebab rasanya peluang untuk mengandung perlu juga adanya ikhtiar tradisional, seriusnya aku pernah berurut tp jarang2.. hanya 2 kali... bukan tak percaya, cuma ada makcik aku cakap dia pernah dengar ada org yang rahim dia jadi lagi teruk sebab berurut dengan orang yg tak betul2 faham.. aku pun risau, part dalam2 ni kita bukan tahu sangat... aku masih ada stok gonal f.. cuma harini aku nak cerita pasal pengalaman aku cucuk gonal f.

pada mulanya, nurse cakap biarlah husband aku yang buat, tp aku takut, rasa buat sendiri lagi ok... kalau nk cucuk gonal f. jaraknya lebih kurang 3 jari dari pusat. guna alcohol swab ye, then ratakan kat area nak cucuk. swab juga alcohol dekat hujung pen gonal f sebelum letakkan jarum.  laraskan pen gonal f, mcm aku 75, so aku msti dengat bunyi "tick" 2 kali. pen gonal kena pegang 90 degree.... then slow2 cucuk, disebabkan kena cucuk selama 6 hari jadi cucuk selang seli di bahagian kanan atau kiri pusat.

Bazar Jb Bazar Karat



cuti hujung tahun dah bermula.... apa lagi berjalan lah aku kalau tak dengan husband, dengan mak ayah..... seronok jugak... destinasi pertama ialah Johor Bahru.... dah lama sebenarnya aku nk pergi bazar karat. masa ramadhan lepas tak da parking. hari ahad lepas baru kesempatan. dekat bazar JB, barang2 dia memang harga berpatutan... kalau pandai tawar menawar lg ok.. almost semua peniaga bg diskaun kot... malam tu aku membeli cd dengan harga rm10 untuk 5 keping, tak payah aku download lagi, memandangkan encik streamyx selalu buat hal... bazar ni aku tak ingat jalannya, padahal aku ngajar di jb hampir 3 tahun, tp yang aku ingat berdekatan dgn Tabung Haji JB. Ada juga barang berjenama yang second hand tp masih ok. hasil rembatan malam tu jam guess, baju tidur, cd and mainan thomas untuk anak saudara aku.....

Pati Delima Gulshan

Assalamualaikum....
Tahukah anda bahawa buah delima mempunyai khasiat yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang? Ia adalah buah syurga dan diberitakan di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali. Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).


MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.

Antara Khasiat Buah Delima ialah:

Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melawan penyakit gout
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat ‘sinus’
Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
Meningkatkan tenaga
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Mengatasi masalah penyakit buasir
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredaran darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor
Antioksida yang tinggi
Menstabilkan paras kolesterol
Mencegah penyakit jantung
Mencegah penyakit barah
Merangsang tenaga batin

Jika kita lihat pada khasiat buah delima banyak penyakit yang boleh dirawat melaluinya. Amalan minum pati delima setiap hari insyaallah akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.

Jika anda ingin mendapatkan pati buah delima yang diambil dari 100% perahan buah delima tulen . Ia adalah pati delima gulsan yang diimport dari Turkey.

*saya sedang berTTC jd pati delima menjadi pilihan buat masa skrng sebab harganya yg mampu dibeli, rasanya pun sedap.... artikel ni pun dari ejen pati delima.... sekarang kalau pergi ke kedai jamu masti ada, dalam rm15.... so mari kita mencuba

period lewat selepas iui, tetapi iui tetap gagal

dh lama tak update. melayan perasaan sedih dan hampa. sekarang dah boleh mengukir sedikit senyuman. apakan daya rezeki masih belum sampai, iui pada 19/10 gagal walaupun period agak lewat. jadi apakah langkah seterusnya, tradisional method or still go to iiumfc.... kalau pergi iiumfc sekarang dah tak boleh jumpa prof.murad, katanya dia dah resign....sedih teramat sgt, sebab prof seorng yg supportive... at the same time, rakan di sekolah perkenalkan dengan produk yang baik an tak merbahaya..... nak cuba ke? berkecamuk fikiran.... boleh tak rasanya berpeluang jadi seorang ibu, semua tu kerja tuhan. start prof.murad sahkan diri ini pengidap pcos, mmg tak terkata.... cuba untuk kuruskan badan lagi, dulu 55kg skarng 50kg... nk lagi turun ke 45kg mcm sebelum kahwin.. itupun costing sebab boleh turun dgn SDII sahaja.... maklumlah pcos susah nk turun..... entry seterusnya nak cerita pasal produk untuk kuruskan badan..... and pati delima ghulsan.... harap usaha ini diberkati.. Amin.....

Friday 9 November 2012

derita pcos

hujan turun, sama mcm perasaan Aku sekarang, gerimis mengundang.... iui menemui jalan kegagalan.... fkr punya fkr apa langkah seterusnya... mcm dh penat ulang alik ke iiumfc.. apakan daya.. tuhan telah tetapkan aku tidak lg bergelar ibu.. yg lg menyedihkan harini harilahir aku, harini selepas 23hari iui aku period... masa nk hilangkan stress aku terbaca jus perawan d'herbs mcm nk cuba...ramai jgk testimoni yg berjaya hamil...

iui lagi

dah lama tak update blog. tengah menunggu adakah rezekiku bulan ni, tengah hari tadi, balik dari kerja sangatlah sedih. harini dah 23 hari selepas iui, skali ada darah coklat keluar. mungkin kah itu period. tp doktor pesan klu coklat still kena teruskan duphaston n acid folic . sy sebenarnya sgt berharap, nak call iium kuantan pun tak mampu nk bercakap. i need a shoulder to cry on