BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Blogger news

Monday 29 October 2012

senyumlah walaupun di saat anda berduka

senyum, mgkn bg sesetengah org perkara biasa.. tetapi kala kita berduka, mampukah kita tersenyum? aku perlukan kesabaran yg tinggi ya Allah utk tempuhi semua ini... mampukah aku? atau mmg tiada senyuman lg buat diriku....

Sunday 21 October 2012

ujian buatku

ujian tuhan dtg dlm pelbagai bentuk. dalam keadaan senang atau susah, ia tetap satu ujian. tak dapat nk tulis apa perasaan aku skrng ni, semoga aku beroleh keberkatan dr semua ini.... ya Allah kau kuatkan iman ku, sesunggunya aku tidak mampu untuk hadapi semua ini...

Saturday 20 October 2012

1st IUI


period yang pertama, aku call IIUMFC. dah confirm nak buat IUI. rasa berdebar sangat. hari kedua start makan clomid... hari yang ke 5 aku dh kena cucuk Gonal F. first day tu staff nurse yg buatkan.. tak sakit pn sebenarnya. hari yang ke 11 cucuk sendiri ovidrel.. masa cucuk rasa pedih sikit, tp sikit jelah... pada hari ke 13, IUI bermula..... semua rasa ada, paling bnyk rasa malu. makna tak nya, semuanya tak dilindungi. mula-mula doktor perempuan masuk rasa syukur sangat, skali prof. Murad pn ada....tp apakan daya, itulah usaha yang boleh aku lakukan.... waiting for our miracle.. semoga IUI ni berjaya.. Amin.... bila org tanya sakit tak, sebenarnya tak sakit pun..... ok jer..... pas siap IUI, dapat dupasthon n asid folik.....

traetment di iiumfc

harini rasanya nak cerita pasal treatment yang pernah dilakukan.

pada hujung tahun lepas, dh bermula treatmentku di IIUMFC. terpaksa meninggalkan dr.suriati di KMC. mengenangkan akan berjumpa prof. Murad. tetapi semuanya hilang, bila jumpa prof.Murad dia very supportive. masa mula jumpa dr.suriati, doktor tak confirmkan aku ialah "wanita pcos". first treatment dh terbukti. seperti di KMC kena ambil clomid..... dr. suggest buat IUI... takut sebenarnya... tp nak anak punya pasal aku terima je... treatment IUI akan berlaku pada bulan 6 tp ada masalah. sebabnya period bln 6 ada sehari. only brown spotting. pergi klinik sebab malas nk g IIUMFC bnyk kali pada mulanya, dr. klinik cek upt positif. MasyaAllah, tuhan je tahu perasaan aku masa tu. tp keesokkan harini darah keluar banyak. tepaksa jumpa dr.Murad lagi. tp dh negative upt. makan dupasthon mulai haritu. then keluarlah darah yang banyak dan lama..masa jumpa doktor. menangis mmg xboleh di tahan. ayat terakhir doktor membuatkan aku lagi sedih "mana tahu lepas ni awk mengandung semulajadi, tanpa IUI"..Amin.. semoga termakbul....

doktor baru

rawatan seterusnya yang aku terima........
kena makan pil clomid.....
aku kena makan pil clomid ni sejak hari ke 2 period......
kena makan konsisten.....

aku x pernah tahu pasal clomod ni, clomid adalah ubat yang membantu pengeluaran telur kita pada masa subur... pangambilan clomid blh juga membantu membesarkan saiz telur....

tp ni rawatan aku yg terakhir di KMC. pas ni aku akan g check up IIIUM fertelity centre......
sedih plak xkan jumpa dr.suryati lg..... will miss her.....

kini berjumpa prof. Murad..... 

appoiment pertama

rawatan pertamaku di KMC. pagi2 lagi aku menemui dr.Suriati. pada jumaat lepas aku mengalami sakit perut yang agak teruk. aku sangat risau. mujur selepas berjumpa dgn dr, dr mengesahkan tidak ada apa2 yang serius.

pada masa ini lah dr. mempelawa utk rawatan untuk mendapatkan zuriat di sini.
rawatan pertama aku ialah mengambil darah. tujuan darah diamabil adalah untuk menganalisis saiz telur, tirod dan mcm2 lg....... first time aku kena ambil darah dlm kuantiti yg bnyk jugak....
tp mmg profesionallah, xda kesan lebam.....

selepas 15 minit result pn dapat..... Alhamdulillah semuanya ok....

aku kena mkn bnyk sgt vitamin... asid folik mmg wajib.....

my life

assalamualaikum/salam sejahtera...

cuaca yang sangat baik pada harini, seperti juga diriku. sebelum ni aku menulis satu blog tp ada masalah di situ, dan harini aku decide nak buat blog yang baru. salam perkenalan semua.